Assalamualaikum..
sume sedia maklum mengenai isu israel-palestin kan..
yg sedihnye kite hanye mampu bersimpati pada mereka di sana tanpa berbuat apa2...
ingatlah,mereka di sane tu saudara2 kita!
paling kecil kite boleh lakukan adalah dgn boikot brg2 israel yg terang-terangan memberi sumbangan besar dlm kekejaman yg berlaku di sane
Yes,aku masih boikot!sampai sekarang,masih berusaha
Alhamdulillah,aku masih hidup wlaupon x mkn n gune brg2 israel laknatullah itu
kat bwh ni ader satu kisah yg mnjadi salah satu sumber kekuatan mngape aku masih boikot brg2 israel
*****************************************************************************************
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan.
Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.
*****************************************************************************************
ya,usaha burung kecil itu sepertinye kecil dan sia2,tp at least dia berbuat sesuatu...semampunya...dia yakin pada kuasa Allah! dia takut nnt Allah tnye ape je yg dia dh buat utk agama Allah....kite??
ya,mmg susah nk boikot...byk brg2 israel dh seperti darah daging kite,hari2 duk gune...
Awal2 ak pon susah,tp usaha jgk n try ganti dgn brg lain,,,lame2 biase n berjaye!
ayuhlah kite bantu mereka dgn usaha kecil kite ni...jgn lupe hantar doa juge pade mereka...make sure boikot kite ni tidak bermusim!
1 comment:
nice one!
terkesan bila baca post ni.. keep ur spirit. insyaALLAH :)
Post a Comment